Manusia dan Perasaan

Manusia dan perasaan…Begitu juga aku…dan perasaan aku…perasaan merangkumi segala perkara yang memberi impak dlm kehidupan… Sesuatu terjadi akan hanya memberi dua kesan iaitu pahit dan manis, suka dan benci, senyum dan nangis, lupa dan ingat juga segala situasi yang menjadikan ia berlaku…manusia seperti ku tidak akan terlepas dr terbitnya perasaan utk mencinta dan dicinta… Dlm permainan perasaan ini selalunya manusia menjadi rakus sehingga lupa tentang adil dan saksama..dan peritnya perkara ini terjadi berasaskan perasaan.. Contohnya lelaki A bercinta dengan perempuan B… Sedang mereka dibuai asmara bersama mereka terlupa yang masing2 punya hati dan perasaan utk dijaga… Dan perkara beginilah meniadikan konflik didalam perhubungan yang katanya ingin di akhiri dengan pernikahan… Pada aku kenapa tak perjalanan perhubungan ini dijalani dengan konsep atau sistem yg di cipta sendiri oleh uda dan dara itu… Mengapa tidak si dara atau si uda menanam sesuatu tentang masa depan perhubungan mereka yang sgt indah yang bakal dilalui satu hari nanti… Jadikan apa yg ditanam di ruang fikiran menjadi satu landasan atau kekuatan diri utk menjadi lebih sabar dan dewasa dlm menempuh rona perhubungan mereka sendiri…kadang2 manusia bukan tidak mengerti sesuatu kejadian tapi tidak membenarkan diri utk memahami keadaan.. Sedangkan apa yg dilakukan mereka sendiri tahu sakitnya.. Ia tidak akan memberi sebarang makna.. Tapi disebabkan ruang fikiran yang sempit maka semuanya dilupakan dan perbuatan itu diteruskan… Alangkah bodohnya seseorang itu hanya kerana mengikutkn perasaan dia sanggup melakukan perbuatan yang dia sendiri tahu tentang pengakhirannya… Bila kita fikir balik banyak nasihat yang sudah kita beri pada manusia lain dan adakah kita berjaya melakukannya?? Aku rasa dalam membetulkan sesuatu keadaan hanya satu perkara yg baik.. Iaitu dengan hanya meletakkan diri kita pada diri org yg bermasalah itu… Jika benar apa yg dilalui cinta sejati.. Dengan izin Allah kita akan paham dengan sndirinya tentang sesuatu kejadian yg menimpa… Contohnya si dara mempersoalkan kenapa si uda tidak memperlihatkan dirinya dan bercinta dengan si dara… Jika si dara itu dewasa orgnya pasti segala masalah dan konflik dijiwanya dapat diselesaikan dengan hanya meletak dirinya pada diri si uda… Dan rasa sendiri tentang apa yg si uda lalui… Tapi jika dari mula si dara tidak membenarkn dirinya utk memahami keadaan maka tidak jadilah segalanya..semudah itu dan sepatutnya tidak relevan lah jika ada persoalan seperti ‘u tak paham ke i cakap ape?’ atau kenapa u susah sgt nak faham keadaan yg i lalui?’ persoalan ini semua terlalu mudah untk dijawap dan kerana itulah ia tidak patut dipersoalkan… Kenapa tidak manusia menjadi lebih kreatif dan lebih fokus dalam masa depan dari mencari masalah dengan perkara yg telah dilalui?? ‘i buat ni semua hanya kerana i nk menjanjikan yang terbaik buat u dan masa depan kita’ ‘ i nak u tak merana dan hidup susah pada masa depan kita sedangkan ia boleh dibina sekarang ‘ kenapa tidak perkara begini yang lebih memikirkan masa depan menjadi persoalan atau ungkapan dalam perhubungan? Adakah niat ketika mulanya ingin bercinta salah atau memang saja2 buat salah?? Jadi asasnya harus betul dan jawapannya harus di zahirkan dan jangan menunggu waktu untuk baru terasa ingin menyampaikannya.. Dalam perjalanan perhubungan jangan ada obsesi dlm melahirkannya.. Buruk padahnya.. Harus letakkan didalam jiwa yang semuanya harus menjadi mudah.. Tiada salahnya kerana jika ia menjadi mudah lebih indah jawapannya di rasai…. Wahai uda dan dara yg bercinta.. Ingatlah jangan beratkan jiwa yg lara dan jangan peningkan minda yang ternoda… Cukup sekadar meletakkan percaya dan terus harungi segalanya…kita dah sampai dimana tahap dunia sebenar di depan mata dan janganlah asyik mencari salah yang sama sedangkan banyak lagi yang harus dirasa… Aku berdoa padamu ya Allah… Mudahkn lah segala perjuangan kami dalam menempuh hidup yang fana ini dan jadikanlah kami insan yang terbaek buatMu Ya Allah..anak yang soleh dan solehah buat ibu bapa kami dan sahabat yang ikatan kasihnya termeterai sehingga mati..semoga apa yang aku nk luahkan menjadi pedoman buat semua… Jangan asyik mencari cinta sedang kita terlupa kita menyakiti orang lain yang lebih sayangkan diri kita…

Ingatlah…..
HANYA YANG TERBAEK

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.